S
EKOLAH KEBANGSAAN SENADIN



Pembinaan SK SENADIN ini adalah untuk mengatasi kesesakkan murid di SK Lutong dan di SK Tudan. Maka KPM telah memutuskan untuk membina sebuah sekolah iaitu SK SENADIN.

Sekolah ini mula beroperasi pada 03.Januari 2005 dengan 5 buah kelas Tahun 1 telah menumpang di SK Merbau pada sesi petang. Begitu juga dengan murid yang lain terpaksa menumpang di 3 buah sekolah iaitu di SK Tudan, SK Lutong dan SK Kuala Baram.





Pembinaan sekolah ini telah bermula pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada 24.02.2005. Kontraktor utama ialah Pasewa Sdn.Bhd dibawah pengawasan

KIP Management Sdn.Bhd ( sebagai PMC ).

Sekolah ini digunakan sepenuhnya pada 03 Mei 2005 dengan tenaga pengajar seramai 42 orang guru dan 2 orang kakitangan sokongan. Pada awal Januari 2005 erolmen murid ialah 447 orang. Jumlah ini telah meningkat kepada 685 orang pada bulan Mac 2005. Dan jumlah ini telah meningkat kepada 1285 pada

31 Mac 2006 serta mempunyai 4 orang kakitangan sokongan.

Seiring dengan pertambahan murid, jumlah guru yang berkhidmat sekarang pada tahun 2008 ini pula hampir 60 ornag dan mempunyai 6 orang kakitangan sokongan.Buat masa ini sekolah ini menjalankan satu sesi iaitu pada sebelah pagi sahaja.

  Lokasi sekolah ini juga amat strategik dimana ianya terletak berhampiran dengan jalan utama ke Kuala Baram dan sekolah ini terletak ditepi jalan masuk utama ke kawasan sekitar Senadin. SK SENADIN ini juga terletak bersebelahan dengan SMK Pujut, Miri.

Buat masa ini juga SK SENADIN mempunyai 4 blok utama disamping bangunan kantin, dewan serbaguna, padang sekolah, gelanggang serbaguna, surau, serta kawasan yang luas.







Mula